Jom Tengok...

Radas Sains Slideshow: Cikgu’s trip to Malaysia was created with TripAdvisor TripWow!

Ahad, 18 November 2012

Tema  : Menyiasat Alam Kehidupan
Topik : Interaksi Antara Hidupan
 
Haiwan Berkumpulan dan Haiwan Menyendiri
1. Haiwan hidup di dalam habitatnya sama ada secara
    berkumpulan atau menyendiri.
2. Haiwan mendapat faedah tertentu dengan hidup secara
    berkumpulan atau menyendiri.
 
Haiwan yang Hidup Berkumpulan
1. Haiwan berkumpulan ialah haiwan yang hidup bersama dengan
    anggota spesisnya yang lain di suatu habitat.
2. Haiwan ini tinggal dan memburu makanan bersama-sama.
3. Contoh haiwan yang hidup berkumpulan ialah singa, semut,
    serigala, seladang, monyet dan gajah.
4. Kelebihan haiwan yang hidup berkumpulan :
   a) Dapat bekerjasama untuk mencari makanan.
   b) Ia dapat saling membantu mempertahankan diri dari musuh.
   c) Ia dapat membantu antara satu dengan yang lain untuk 
       membina sarang.
 
Haiwan Yang Hidup menyendiri
1. Haiwan yang hidup menyendiri ialah haiwan yang tinggal dan
    memburu makanan secara bersendirian.
2. Sesetengah haiwan menandakan wilayahnya dengan membuat
    tanda bau atau cakaran pada batang pokok.
3. Haiwan ini hanya bersama dengan spesisnya untuk mengawan.
4. Contoh haiwan yang hidup menyendiri ialah harimau, helang,
    beruang tapir dan panda gergasi.
5. Kelebihan haiwan yang hidup menyendiri:
    a) Ia dapat mengelakkan persaingan untuk mendapatkan
        makanan.
    b) Ia dapat mengelakkan persaingan untuk mendapatkan
        ruang.

5 ulasan:

Catatan Terkini