Jom Tengok...

Radas Sains Slideshow: Cikgu’s trip to Malaysia was created with TripAdvisor TripWow!

Selasa, 27 November 2012



NOTA RINGKAS SEBAGAI PANDUAN MURID-MURID TERSAYANG...
MANFAATKANNNYA SEBAIK MUNGKIN...



TAHUN 5

Mikroorganisma bernafas, bertumbuh dan bergerak.

Kemandirian (Survival) bermaksud penerusan hidup atau pengekalan spesies di alam ini.

Siratan makanan ialah gabungan beberapa rantai makanan dalam suatu habitat.

Habitat adalah tempat tinggal bagi hidupan tertentu./

Herbivor ialah haiwan yang makan tumbuhan sahaja.

Karnivor ialah haiwan yang makan haiwan sahaja.

Omnivor ialah haiwan yang makan tumbuhan dan haiwan.

Rantai makanan sentiasa bermula dengan tumbuhan. Tumbuhan ialah pengeluar.

Pengguna pertama ialah haiwan yang memakan tumbuhan (pengeluar)

Pengguna sekunder ialah haiwan yang makan pengguna pertama

Pengguna tertier ialah haiwan yang makan pengguna sekunder.


CARA PEMBIAKAN  BIJI BENIH
1. Biji benih – betik, jagung, rambutan, tembikai
2. Spora – paku pakis, lumut, cendawan
3. Daun – begonia, setawar
4. Keratan batang – ubi kayu, tebu, bunga raya
5. Sulur (suckers) – pisang, nanas, buluh
6. Batang bawah tanah – kentang, halia, bawang


CARA BIJI BENIH DIPENCARKAN / DISEBARKAN
1. Angin : kecil, ringan, berbulu halus @ struktur
               bersayap
2. Air : kulit berongga @ berlilin @ berspan
3. Haiwan : sedap, bewarna cerah dan menarik serta 
              berbau harum @ mempunyai duri @ cakuk
4. Mekanisme letupan : pecah dan meletup


TENAGA
Tenaga ialah keupayaan untuk melakukan kerja

Sumber-sumber tenaga :
1) Matahari
2) Makanan
3) Angin
4) Air
5) Bahan api
6) Bateri

Jenis-jenis tenaga :
1. Tenaga bunyi
2. Tenaga haba
3. Tenaga cahaya
4. Tenaga elektrik
5. Tenaga kinetik
6. Tenaga kimia
7. Tenaga keupayaan

Tenaga yang dapat diperbaharui  ialah tenaga yang dapat diganti apabila habis digunakan.
Cth : Tenaga solar, tenaga angin, tenaga air dan bahan api biojisim

Tenaga yang tidak dapat diperbaharui ialah tenaga yang tidak dapat digantikan apabila habis digunakan.
Cth: Gas asli, petroleum, arang batu dan nuklear


LITAR
Litar Bersiri :
- dua @ lebih mentol disambung bersebelahan satu sama lain.
- Jika lebih banyak mentol ditambah di dalam litar, semua mentol menjadi malap.

Litar Selari
- dua @ lebih mentol disambung secara berasingan
- Jika semua mentol ditambah di dalam litar, semua mentol menyala dengan kecerahan yang sama


CAHAYA
Sifat-sifat cahaya
1. Cahaya bergerak dalam garis lurus
2. Cahaya boleh dipantulkan

Bahan lut sinar (transparent) – bahan yang membenarkan semua cahaya melalui

Bahan lut cahaya ( translucent) – bahan yang membenarkan sebahagian cahaya melaluinya.

Bahan legap (opaque) – bahan yang tidak membenarkan cahaya melaluinya.


BAYANG-BAYANG

Bayang-bayang terbentuk apabila suatu objek legap menghalang sinar cahaya.

Saiz bayang-bayang berubah mengikut...
1. Jarak antara objek dengan sumber cahaya
       - Saiz bayang-bayang semakin besar apabila
          jarak antara objek dengan sumber cahaya
         berkurang ( semakin dekat)
2. jarak antara objek dengan skrin
       - Saiz bayang-bayang semakin kecil apabila 
          jarak objek dengan skrin berkurang.

Bentuk bayang-bayang berubah mengikut...
1. kedudukan sumber cahaya
2. kedudukan objek


HABA

Suhu ialah ukuran darjah kepanasan atau kesejukan sesuatu bahan itu

Bahan mengembang apabila dipanaskan dan mengecut bila disejukkan


KEADAAN BAHAN
1. Pepejal
     - mempunyai jisim
     - mengisi ruang
     - mempunyai bentuk tetap
     - mempunyai isipadu tetap


2. Cecair
     - mempunyai jisim
     - mengisi ruang
     - tidak mempunyai bentuk tetap
     - mengambil bentuk bekasnya
     - mempunyai isipadu tetap

3. Gas
     - mempunyai jisim
     - mengisi ruang
     - tidak mempunyai bentuk tetap
     - menambil bentuk bekasnya
     - tidak mempunyai isipadu tetap

Proses Perubahan Bahan
1. Pembekuan ( 0’c adalah takat beku)
     Cecair          Pepejal

2. Peleburan
     Pepejal        Cecair

3. Pendidihan (100’c adalah takat didih)
     Cecair          Gas    

4. Penyejatan
     Cecair            Gas  
·         hanya melibatkan permukaan cecair tanpa melibatkan takat didih.
·         Penyejatan bergantung pada kehadiran angin, haba dan luas permukaan

5. Kondensasi
      Gas                Cecair


ASID, ALKALI & NEUTRAL
Asid
-          Mengubah kertas litmus biru menjadi merah
-          Berasa masam

Alkali
-          Mengubah kertas litmus merah jadi biru
-          Berasa pahit @ payau

Neutral
-          Tidak mengubah warna kertas litmus
-          Berasa manis, masin @ tidak mempunyai rasa


KESTABILAN & KEKUATAN
Kestabilan sesuatu struktur bergantung kepada: 
1. luas tapak
2. ketinggian struktur.

Kekuatan struktur ialah keupayaan struktur menampung beban yang berat

Kekuatan struktur bergantung kepada :
1. jenis bahan yang digunakan
2. bentuk struktur


TAHUN 6
TUAS

1. Tuas Kelas Pertama
Daya – fulkrum – beban
Cth : Playar

2. Tuas Kelas Kedua
Fulkrum – beban – daya
Cth : pembuka botol

3. Tuas Kelas Ketiga
Fulkrum – Daya – Beban
Cth : Pencucuk ais, pemegang kuih


TAKAL

1. Takal tetap
2. Takal bergerak


PENGARATAN

Karat ialah sejenis bahan yang terbentuk apabila sesuatu logam bertindak balas dengan air dan udara.

Semua objek yang dibuat dari besi dan keluli akan berkarat apabila terdedah pada udara

Kehadiran karat dapat dikesan apabila terdapat bahan bewarna perang kemerah merahan menyaluti permukaan objek tersebut

Kalsium klorida kontang adalah agen pengering









































Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Terkini