Jom Tengok...

Radas Sains Slideshow: Cikgu’s trip to Malaysia was created with TripAdvisor TripWow!

Sabtu, 20 Oktober 2012

Ciri-ciri Pelajar Cemerlang

1. Taat kepada Allah
2. Mendirikan sembahyang
3. Menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan
    mereka
4. Hormati & sayangi guru
5. Bersungguh-sungguh melakukan apa saja
6. Suka setiap mata pelajaran yang dipelajari
7. Membantu rakan yang memerlukan
8. Berdoa dan bersyukur kepada Allah
9. Sentiasa bertawakal
10. Mahir dalam setiap mata pelajaran

PETA MINDA INTERAKSI DI ANTARA BENDA HIDUP

Rabu, 3 Oktober 2012

Sajak "Guru oh Guru"

Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
                        USMAN AWANG
                                     1979

GERHANA

Catatan Terkini